Wednesday, February 17, 2010

Hanya Sebatang Pencungkil gigi Diriku diCampakkan ke Neraka

Petikan ini di hantar oleh kawan ana melalui e-mail ....moga ia menjadi ikhtibar.



ceramah ini dipetik dari ceramah Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura .....


Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat...

Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.


Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa?


Maka berceritalah lelaki itu.... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit di celah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga.

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...


Elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar....

Azab neraka itu adalah benar...Dan syurga itu adalah benar...

Thursday, February 11, 2010

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

rujukan laman web:http://pakarhowto.com/belajar-bisnes-internet/6-perkara-allah-sembunyikan.html

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Petikan dari Jabatan Agama Islam Perak

KENAPA INGIN MENJADI PERAWAT ISLAM ?

KENAPA INGIN MENJADI PERAWAT ISLAM ?

Artikel ini copy paste dari blog utz hayat

http://www.terapialquranpahang.blogspot.com
Dicatat oleh En Ahmad
http://urutdanrawat.com/



Dewasa ini, masyarakat kita dibanjiri ramai perawat baru muda dan tua ekoran dari ribuan kursus, seminar malah kelas intensif yang dianjurkan oleh pelbagai pihak silih berganti...

Alhamdulillah....Nampaknya semakin ramai individu yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang digambarkan sebagai mutiara berharga di laut yang paling dalam ini, 'rare', unik dan jarang ditemui....

Ramai yang ingin menjadi perawat; namun apakah sebenarnya niat yang bertakhta di hati apabila mengikuti program rawatan Islam yang beraneka tersebut?
1) Saya nak cari duit melalui perubatan Islam!Boleh beli Banglo dan kereta ferrari 2!
2) Saya suka mengaji jadi saya belajarla!
3) Saje suka-suka, nak habiskan cuti hukung minggu.
4) Nak la belajar sikit-sikit. Sebagai first aid kan...mana tau ada keluarga kita yang kena...
5) Saya belajar sebab sejarah keluarga saya ada saka!..ADK saya sakit lama...
6) Ehem, ehem.... mestilah nak tunjuk kat orang aku hebat! Pandai mengubat! Baru terkenal..
7) Nak bukak Darul ...... la. Nak celen Darul Syifa'. Ada pengikut dan anak murid sendiri yang ramai dan wajib cium tangan aku

Jawapan saya...... SEBAB NAK KENAL ALLAH TAALA DAN MEMENANGI CINTANYA.....
"Mengubat itu kulitnya, ma'rifatullah dan memenangi cinta (mahabbatullah) Allah itu isinya"Merawat itukan ibadat bermakna merupakan proses taqarrub kepada Allah... Itupun bergantung kepada kemurnian niat perawatnya terlebih dahulu dan teknik yang direstui syarak!

Teringat saya ketika mula merawat 8 tahun dulu... Kali pertama membacakan ruqyah kepada pesakit dengan izin Allah pesakit muntah dan sihat seperti sedia kali... takjub dan meremang bulu roma mengenangkan kehebatan AL QURAN. Hebatnya KALAM ALLAH!!!
Begitu juga ketika merawat di Mesir dan Syria...... hadir kehebatan Allah dalam diri....Contohnya ketika merawat seorang pelajar muslimat di Iskandariah Mesir yang menderita penyakit kanser otak. Darah keluar dari telinga dan hidungnya... Doktor kata 'no hope' dah. Umur dia pun dah expired...tetapi semangatnya sahaja menyebabkan dia masih hidup... Maka saya dan sahabat-sahabat berkunjung dan merawat menggunakan teknik ruqyah saratan (ruqyah kanser)... Alhamdulillah dengan izin Allah Taala penderita tersebut sembuh sedia kala... inilah kehebatan Al Quran..... takjubnya saya ketika itu.... hebat!!!

Doktor yang merawat dia pun turut terkejut sakan!!! Tiada teknologi boleh menandingi teknologi rabbani al Quran.....selangkah menuju Allah....Itulah saya...... merawat bermakna 'taqarrub ila ALLAH'. Kalau kata nak kaya dengan merawat, sampai sekarang tak kaya-kaya... Saga 86 buruk saya tulah saya guna nak masuk 3 tahun, hi hi....dan saya tak faham kenapa ramai perawat baru sekarang ini banyak menggunakan kaedah yang pelbagai dan pelik-pelik.... mungkin mereka mempunyai alasan dan dalilnya....tak salah kot??? tetapi bagi saya..... saya berpegang kepada mutiara kata Ustaz Malek... cukuplah sekadar membaca al Quran dan doa sebagai ubat.... Selebihnya serahlah pada Allah sama ada untuk menyembuhkan atau tidak... itu bukan kerja kita.... Sekiranya anda melihat al Fadhil Ustaz Malek merawat... tiada yang istimewa dan bombastik pun..... baca al Quran dari mula sampai akhir.... secara lahiriahnya tiada apa-apa 'super power' yang kelihatan... "OOhhh baca Quran je, aku pun boleh," kata seorang hamba Allah.... tapi sebenarnya baca Al Quran tulah Super Ultra Power sekali dalam dunia!!!!

Dia baca tak sama macam awak baca la..........Maksudnya, perawat Islam yang sebenar mempunyai kuasa rohani yang murni berbekalkan perubatan yang berijazah dan amalan kerohanian @ kesufian dari didikan mursyid yang muktabar.... Penting bab ijazah dan sanad ni..

Orang yang merawat tetapi tiada sanad atau ijazahnya seumpama anak yang tiada mak dan ayah yang sah.... istilahnya 'anak haram'. Dikhuatiri apabila kita tidak berguru maka mulalah kita mengguna, mencipta, mengolah teknik yang bukan-bukan...manalah tahu rupa-rupanya terselit di situ campur tangan dan tipu daya jin atau syaitan...TAQ Darul Hikmah sangat mementingkan pengijazahan ruqyah syariyyah dan sanad perubatan Islam agar perubatan anda benar-benar bersih dan berkat serta bimbingan guru rohani...!!!

Bagi saya; konsep sebenar perubatan menggunakan ruqyah syariyyah ini adalah menyerahkan sepenuhnya hak penyembuhan kepada Allah sehingga 'tubik' haibah atau kehebatan Allah dalam jiwa dan terhijab kehebatan serta angkuh dalam diri kita!!!Ustaz Malek pernah berkata kepada saya; "Mengubat tu mudah je, yang payahnya adalah menghadirkan kehebatan Allah dan yakin semata-mata kepadaNya sebagai Sang Maha Penyembuh!!!" Barulah pesakit sembuh di tangan Allah Taala jua.....Ibarat kata, Tuan Admin forum Terapi al Quran merangkap perawat TAQ Darul Hikmah Klang, Abang Zailan, "Kami tukang baca Quran dan doa je, Allah lah yang menyembuh!!!"Guru saya pernah berkata, sekiranya pesakit sembuh di tangan kita pastikan kita berkata; alhamduillah sembuh dengan 'biiznillah'.... DENGAN IZIN ALLAH!!!

Perubatan ruqyah juga sebenarnya adalah dakwah. Mendekatkan lagi masyarakat kita yang jahil dan anti al Quran kepada al Quran malah kepada non muslim!!! Malah ramai di luar sana ada non muslim yang masuk Islam setelah berubat dengan perawat Islam yang menggunakan teknik dan energy al Quran!!!... 'Memasyarakatkan al Quran......!

'Bukankah membaca al Quran itu ibadah dan berpahala... Orang yang dengar dapat pahala malah jin yang dengar pun dapat pahala!!!! Kita kan kurang baca al Quran.... apabila baca ruqyah ni secara tidak langsung tertunailah tuntutan membaca al Quran kita pada hari tu... Barulah biah dan atmosfera al Quran sentiasa bersemarak di dalam kehidupan kita seharian....

Al Quran menyeksa jin??? Sape kate?? Di dalam kitab "Alij nafsaka bil Quran" pengarang berkata, falsafah membaca al Quran dalam proses rawatan sihir adalah:1) Untuk jin Islam: Sebagai peringatan untuk menimbulkan bibit keinsafan dalam diri jin...2) Untuk jin kafir: Sebagai ancaman dan dalam masa yang sama dakwah kepada Islam....Sila baca tafsir Surah al Jin...... Bukankah al Quran itu rahmat dan pengubat penyakit rohani dan jasmani.... Al Quran adalah hidayah dan perawat adalah penebar hidayah; perawat adalah pendakwah ke jalan Allah! Walaupun dalam masa yang sama tidak dinafikan al Quran mampu membakar jin dengan kaedah dan niat tertentu... (kerana tercatit di dalam hadis dan sirah, kaedahnya terdapat di sesetengah kitab perubatan Islam berbahasa Arab..namun ini merupakan last choice!!! Pilihan terakhir!!!)

Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Guru saya dahulu selalu berkata, "Ingat Hayat, hadis nabi menyatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain!!!

"Saya tidaklah mendakwa dan mendabik dada bahawa saya pandai a.k.a hebat.... Cuma sekadar berkongsi persepsi saya yang mungkin meleset pada pendapat anda tentang perubatan Islam menggunakan kaedah al Quran, (ruqyah syariyyah)....Harapnya lebih ramai perawat muda yang muncul berganding bahu mendaulatkan perjuangan perubatan Islam di negara kita... AMIIIIINN!!!!

Dicatat oleh En Ahmad di 13:20


AYAH DERHAKA

Muslimin/muslimat dirahmati....

Setiap lelaki pasti kita akan menjadi seorg suami bg melengkapkan separuh lagi agamanya.Dan pasti akan bergelar sebagai seorg ayah/abi/papa/bapak/ayah dsb.

Pasti kita impikan seorg isteri solehah ..kalau mampu 4 orgpun boleh....hehe.. dan anak2 soleh dan solehah.
Tanpa kita sedari,Bolehkah kita menjadi seorg ayah yang derhaka.

Cuba fikir2kan ...ade ker.....ye ker..agak2nye macamner......

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya ;

1) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang
dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.

2) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sumber yang diragukan.Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka.Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.

3) Seorang ayah yang terlalu mengambil dunia mencorakkan kehidupan keluarganya....pergi keje balik keje..Nak cari harta dunia....Bila mana isteri dan anak2 membesar tanpa bimbingan dari nakhoda kapal yang beriman,pasti kapal tidak tahu kemanakah arah tujuan sebenar kehidupan...

4) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri.Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan islam dengan iman dan taqwa.

Selalu di dengar kisah anak derhaka sama ada kepada ibu atau bapa, dan umum sudah mengetahui bahawa balasan anak derhaka ialah neraka, dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya. Bagaimana pula kes penderhakaan ibubapa kepada anaknya sendiri?.

Adakah ada atau wujud kes-kes sebegini? Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya “Wahai Amirul Mukimnin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku”.

Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anakyang derhaka itu dan bertanya kenapa kamu derhaka kepada ayahmu. Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab apa tanggungjawab bapa kepada anak. Maka Khalifah Umar Al-Khattab bagitahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :-

(1) Kahwin dengan wanita yang baik
(2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik
(3) Mendidiknya
(4) Mengahwinnya

Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya. Anak itu seterusnya bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab:-

(1) Ayah dia kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini
(2) Ayah dia menamakannya “Kelawar Jantan”
(3) Ayah dia tidak memdidik dia
(4) Ayah dia tidak mengahwinkan dia

Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi “Betulkah begitu wahai bapa budak”. Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, kamulah dulu yang derhaka kepada anakmu. Renung-renungkalah wahai sekelian bapa-bapa semua.


http://anggunayu.com/article.php?323659+Ayah-yang-derhaka.

Wednesday, February 10, 2010

Jantung oooh jantung


Jantung.......
Pembaca dirahmati Allah s.w.t..merawat sebelum parah....Masa muda2 ni lah lagi kita kena menjaga jantung...jaga gaya permakanan kita serta bersenam



Mungkin pembaca budiman boleh mengamalkannya di setiap pagi ........insyaallah.
Selamat Beramal

1. Bc Bismillahir...sampai habis

2.Allahumma solliala kolbi(Jantung) saidina muhammad
Lagi elok di lakukan di waktu pagi...di taman2 bunga ke,tepi laut ke...
jangan ditepi tandas da la...haruk baunya .....wakaka

3.Tarik nafas panjang n dalam3..lepaskan slow2/pelan2 hembus....
Masa tarik nafas..jari jemari tgn kanan letakkan dikedudukan jantung...masa lepas nafas buatkan gaya membuang masalah di jantung

4.lakukan seiringan gaya dan bacaan step 2 dan 3 sebanyak 7x

Kesembuhan itu hanya datang dari Allah..ikhtiar itu perlu....pencegahan itu lebih baik dari mengubati

Kepada sesiapa hendak mempelajari alquran disekitar K.l & selangor

Pada pembaca budiman..
jika masih tercari2 kelas pengajian Al-Quran sila layari:
Serata Malaysia Kelas2 Al-Quran tumbuh bagaikan cendawan...
http://kelasquran.blogspot.com/

Area putrajaya:
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Putrajaya

Area K.L
http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kuala%20Lumpur

Kursus2 Perawat islam

KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA


Pada : 13hb MAC 2010 DAN 14hb MAC 2010

Tempat : DEWAN MASJID AT TAKWA, MIRI, SARAWAK

Fasilitator : USTAZ AZRIN ABDUL KARIMYuran : RM 150.00

Sila Hubungi :- En Idris 019 8878414En Ridzwan 014 8889353

jom join.....tambahkan ilmu anda....

untuk maklumat lanjut sila ke laman blog:http://www.urutbatinrawatsihir.com/

Kalau nak tau lagi kursus-kusus lain...layarilah blog:

http://perawat-islam.blogspot.com/search/label/Kursus%20Rawatan

Tuesday, February 9, 2010

JENIS2 kentut

ANDA TERMASUK GOLONGAN MANA?

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.'

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar
orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b*d*h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin
kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan
keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau
telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.

Bacaan Al- Quraan bersanat

Kepada pembaca blog budiman....

Di Masjid Al-Hasanah,bandar baru bangi selangor akan diadakan pengajian Al-Quran bersanat....yang akan di ajar dari ustaz/ustazah yang telah bersanat......

Di jemput saudara/saudari mendaftarkan diri hari khamis ni...11/2/2009 untuk mengetahui jumlah peserta.Barulah pihak masjid boleh menentukan berapa org guru diperlukan dan bila kelas pengajian akan bermula....


wasalam...

Sunday, February 7, 2010

Pagar rumah dan Pendinding diri

Sabtu Lepas...saya telah berjumpa dengan seorang perawat di kampung.

Adik saya lemah semangat.....kena mandi air bunga 5 jenis...hehhe...

Semasa bersembang dengan perawat...saya ada bertanya apa itu 7 bahagian badan.
Dengan bersungguh2 menerangakan ianya da terkandung dalam Surah Al-fatihah.
Bacaannya dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim....tetapi masa khurillmagduu bialaihum....jangan berhenti.cukup 7 waqof.

saya bertanya macammane nak jauhi dari mata2 yang berniat jahat,masalah ain.....
Sambil tersenyum,beliau menjawab...Sebelum kaur umah nanti...ko bacalah Al-fatihah
sekali sedekahkan pd diri sendiri."Niat mohon pada Allah beri keselamatan dan sekelian umat nabi muhammad menyayangi kamu".Insyaallah....


saya bertanya lg...cmne nk hilangkan barang2 org tanam di keliling umah....ada x caranya....
Dulu kami pernah upah orang buang barang org tanam..satu barang rm200.Bayangkan la kalu byk...kaya beb org 2...hehehe..Siap offer lg bila nk cek lg....punya la heran cmne mrk ka leh detect barang2 org tanam...yang peliknya ada satu barang dr kulit ikan duyung...cantik di bungkus letaknya dalam batu..peah..pelik2..Bila da collect brg2 2 cepat2 depa buang dalam sg rompin....

so perawat ni bg la keadah yang paling senang..harap2 pembaca leh ar amalkan.....x susah lagi senang...yang pentingnya,x perlu cari,x perlu buang, tau takut terpijak,yang pentingnya x perlu bayar mahai2 mcm kami kena..wakakaka. Adus...

Mula hang pi la kat dapur...cari mesin pengisar cili 2.Kalu x der... pi la pinjam kat umah makcik Tijah ke,Bedah ka...x pun balik kg pinjam ngan mak tau mak mertua....hehehe.Penin la mak n mak mertua korg.mesin cilipun nk pinjam...beli la ooooi...murah dah kat pasaran rm50 da leh dapat....
Mesin da ada apa lg ek nk buat...ha...korang pi beli cuka sebotol.Pastu tuang dalam mesin pengisar cili. Bc Al-fatihah,hadiahkan kepada Nabi hud a.s penjaga tanah. Baca surah Annas sepanjang memagar kawasan tanah mengelilingi rumah, sambil merenjis2 cuka tadi...Niatkan Moga Allah s.w.t pelihara n tawarkan barang2 sihir yang di tanam jika ada. Ingat!!!! Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui...hanya padaNYA lah kita bermohon...kita hanya berikhtiar.
Kata perawat tersebut....... Silap2 bila org 2 anta brg sihir leh balik ke tuannya sendiri.....Masa 2 baru depa tau...suka sgt nak tanam2 brg.hehehe.Nasibla kalu x tau nk tepis semula, brg2 sihir yang depa antar silap2 leh makan tuan sendiri..wakakaka.

Tiba2 perawat membuka topik...hehe,sorry yer ada 18SX sikit...kalu org pompuan jangan sampai bra n panties kena curi..bahaya....takut kena puja...so kalu nak sidai 2.sidai la kat dlm umah....Kalu org puja 2 nk khianat..dia gunting kawasan anu lalu dia sumbat cili...hahhaa x senang la korang duduk..panas cm kena cili...

bersambung lg...