Tuesday, June 22, 2010

Menawarkan Bisa Ular,Lipan, ikan keli dan Kala Jengking

Assalamualikum...

Pasti kita tercari penawar segera apabila kita disengat atau dipatuk binatang berbisa

kaedahnya mudah sahaja

Jika anda dipatuk ular,tangkap ular itu.A..aa jangan bagi dia minum air dulu.Anda kena Lumba dulu.Sapa minum air dulu.Anda atau ular tersebut.Jika Anda minum air dulu.Maka secara automatiknya anda telah menawarkan bisa ular tersebut.Seandainya anda tidak tahu lokasi ular itu .Hehe.Nyawa anda di dalam bahya.Ikat tempat patukan ular n jumpe doktor untuk dapatkan vaksin penawar racun ular.

Jika anda disengat ikan keli...Mudah sahaja.Anda x perlu minum air dulu dr ikan tersebut.Wakaka..Tangkap ikan keli/sembilang.Gigit ekor ikan tersebut.nanti sedut lendirnya nak dijadikan penawar..

Jika anda disengat lipan tau kala jengking.Cepat2 minum air.Halang tau tangkap haiwan tersebut.Jika anda berjaya minum air tersebut.Bisa tadi telah ditawarkan.Perhatikan ...Lama2 kelamaan haiwan tersebut akan mati....

Wednesday, March 31, 2010

Air Selusuh

Alhamdulillah..
Hari ni aku da bergelar pakcik lg...kali ni dapat anak sedara girl..

Pentingnya wanita ketika hendak bersalin...membuat air selusuh.

Semasa adk lelaki saya menghantar konon2nya bininya nak bersalin.....maka di hantarnya ke hospital kajang. Datangla seorg lelaki yang kebetulan bininya nak bersalin juga...

Maka diminta adk saya membuat air selusuh...Maka dibuatnya dibaca apa yg dipelajarinya Dari Darulsifa'

Keesokkan harinya dia berjumpe ngan adk saya....Alhamdulillah isterinya memberitahu sungguh sesenang-senangnya bersalin.Subhanallah..x rasa sakit langsung..terus baby kaur.

So..kepada para suami..Mintalah atau buat sendiri air selusuh

Wednesday, March 17, 2010

Belajo E-PSMG

Susah 2........penin kepala den....Separuh Hari baru satu paragraph...peah..................

Wednesday, March 3, 2010

DUGAAN CINTA JARAK JAUH



Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.
Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.


1- Percaya pada pasangan
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

2- Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

3- Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan. Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

4- Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang. jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

5- Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu. Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

6- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Wednesday, February 17, 2010

Hanya Sebatang Pencungkil gigi Diriku diCampakkan ke Neraka

Petikan ini di hantar oleh kawan ana melalui e-mail ....moga ia menjadi ikhtibar.



ceramah ini dipetik dari ceramah Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura .....


Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat...

Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.


Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa?


Maka berceritalah lelaki itu.... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit di celah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga.

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...


Elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar....

Azab neraka itu adalah benar...Dan syurga itu adalah benar...

Thursday, February 11, 2010

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

rujukan laman web:http://pakarhowto.com/belajar-bisnes-internet/6-perkara-allah-sembunyikan.html

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Petikan dari Jabatan Agama Islam Perak

KENAPA INGIN MENJADI PERAWAT ISLAM ?

KENAPA INGIN MENJADI PERAWAT ISLAM ?

Artikel ini copy paste dari blog utz hayat

http://www.terapialquranpahang.blogspot.com
Dicatat oleh En Ahmad
http://urutdanrawat.com/



Dewasa ini, masyarakat kita dibanjiri ramai perawat baru muda dan tua ekoran dari ribuan kursus, seminar malah kelas intensif yang dianjurkan oleh pelbagai pihak silih berganti...

Alhamdulillah....Nampaknya semakin ramai individu yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang digambarkan sebagai mutiara berharga di laut yang paling dalam ini, 'rare', unik dan jarang ditemui....

Ramai yang ingin menjadi perawat; namun apakah sebenarnya niat yang bertakhta di hati apabila mengikuti program rawatan Islam yang beraneka tersebut?
1) Saya nak cari duit melalui perubatan Islam!Boleh beli Banglo dan kereta ferrari 2!
2) Saya suka mengaji jadi saya belajarla!
3) Saje suka-suka, nak habiskan cuti hukung minggu.
4) Nak la belajar sikit-sikit. Sebagai first aid kan...mana tau ada keluarga kita yang kena...
5) Saya belajar sebab sejarah keluarga saya ada saka!..ADK saya sakit lama...
6) Ehem, ehem.... mestilah nak tunjuk kat orang aku hebat! Pandai mengubat! Baru terkenal..
7) Nak bukak Darul ...... la. Nak celen Darul Syifa'. Ada pengikut dan anak murid sendiri yang ramai dan wajib cium tangan aku

Jawapan saya...... SEBAB NAK KENAL ALLAH TAALA DAN MEMENANGI CINTANYA.....
"Mengubat itu kulitnya, ma'rifatullah dan memenangi cinta (mahabbatullah) Allah itu isinya"Merawat itukan ibadat bermakna merupakan proses taqarrub kepada Allah... Itupun bergantung kepada kemurnian niat perawatnya terlebih dahulu dan teknik yang direstui syarak!

Teringat saya ketika mula merawat 8 tahun dulu... Kali pertama membacakan ruqyah kepada pesakit dengan izin Allah pesakit muntah dan sihat seperti sedia kali... takjub dan meremang bulu roma mengenangkan kehebatan AL QURAN. Hebatnya KALAM ALLAH!!!
Begitu juga ketika merawat di Mesir dan Syria...... hadir kehebatan Allah dalam diri....Contohnya ketika merawat seorang pelajar muslimat di Iskandariah Mesir yang menderita penyakit kanser otak. Darah keluar dari telinga dan hidungnya... Doktor kata 'no hope' dah. Umur dia pun dah expired...tetapi semangatnya sahaja menyebabkan dia masih hidup... Maka saya dan sahabat-sahabat berkunjung dan merawat menggunakan teknik ruqyah saratan (ruqyah kanser)... Alhamdulillah dengan izin Allah Taala penderita tersebut sembuh sedia kala... inilah kehebatan Al Quran..... takjubnya saya ketika itu.... hebat!!!

Doktor yang merawat dia pun turut terkejut sakan!!! Tiada teknologi boleh menandingi teknologi rabbani al Quran.....selangkah menuju Allah....Itulah saya...... merawat bermakna 'taqarrub ila ALLAH'. Kalau kata nak kaya dengan merawat, sampai sekarang tak kaya-kaya... Saga 86 buruk saya tulah saya guna nak masuk 3 tahun, hi hi....dan saya tak faham kenapa ramai perawat baru sekarang ini banyak menggunakan kaedah yang pelbagai dan pelik-pelik.... mungkin mereka mempunyai alasan dan dalilnya....tak salah kot??? tetapi bagi saya..... saya berpegang kepada mutiara kata Ustaz Malek... cukuplah sekadar membaca al Quran dan doa sebagai ubat.... Selebihnya serahlah pada Allah sama ada untuk menyembuhkan atau tidak... itu bukan kerja kita.... Sekiranya anda melihat al Fadhil Ustaz Malek merawat... tiada yang istimewa dan bombastik pun..... baca al Quran dari mula sampai akhir.... secara lahiriahnya tiada apa-apa 'super power' yang kelihatan... "OOhhh baca Quran je, aku pun boleh," kata seorang hamba Allah.... tapi sebenarnya baca Al Quran tulah Super Ultra Power sekali dalam dunia!!!!

Dia baca tak sama macam awak baca la..........Maksudnya, perawat Islam yang sebenar mempunyai kuasa rohani yang murni berbekalkan perubatan yang berijazah dan amalan kerohanian @ kesufian dari didikan mursyid yang muktabar.... Penting bab ijazah dan sanad ni..

Orang yang merawat tetapi tiada sanad atau ijazahnya seumpama anak yang tiada mak dan ayah yang sah.... istilahnya 'anak haram'. Dikhuatiri apabila kita tidak berguru maka mulalah kita mengguna, mencipta, mengolah teknik yang bukan-bukan...manalah tahu rupa-rupanya terselit di situ campur tangan dan tipu daya jin atau syaitan...TAQ Darul Hikmah sangat mementingkan pengijazahan ruqyah syariyyah dan sanad perubatan Islam agar perubatan anda benar-benar bersih dan berkat serta bimbingan guru rohani...!!!

Bagi saya; konsep sebenar perubatan menggunakan ruqyah syariyyah ini adalah menyerahkan sepenuhnya hak penyembuhan kepada Allah sehingga 'tubik' haibah atau kehebatan Allah dalam jiwa dan terhijab kehebatan serta angkuh dalam diri kita!!!Ustaz Malek pernah berkata kepada saya; "Mengubat tu mudah je, yang payahnya adalah menghadirkan kehebatan Allah dan yakin semata-mata kepadaNya sebagai Sang Maha Penyembuh!!!" Barulah pesakit sembuh di tangan Allah Taala jua.....Ibarat kata, Tuan Admin forum Terapi al Quran merangkap perawat TAQ Darul Hikmah Klang, Abang Zailan, "Kami tukang baca Quran dan doa je, Allah lah yang menyembuh!!!"Guru saya pernah berkata, sekiranya pesakit sembuh di tangan kita pastikan kita berkata; alhamduillah sembuh dengan 'biiznillah'.... DENGAN IZIN ALLAH!!!

Perubatan ruqyah juga sebenarnya adalah dakwah. Mendekatkan lagi masyarakat kita yang jahil dan anti al Quran kepada al Quran malah kepada non muslim!!! Malah ramai di luar sana ada non muslim yang masuk Islam setelah berubat dengan perawat Islam yang menggunakan teknik dan energy al Quran!!!... 'Memasyarakatkan al Quran......!

'Bukankah membaca al Quran itu ibadah dan berpahala... Orang yang dengar dapat pahala malah jin yang dengar pun dapat pahala!!!! Kita kan kurang baca al Quran.... apabila baca ruqyah ni secara tidak langsung tertunailah tuntutan membaca al Quran kita pada hari tu... Barulah biah dan atmosfera al Quran sentiasa bersemarak di dalam kehidupan kita seharian....

Al Quran menyeksa jin??? Sape kate?? Di dalam kitab "Alij nafsaka bil Quran" pengarang berkata, falsafah membaca al Quran dalam proses rawatan sihir adalah:1) Untuk jin Islam: Sebagai peringatan untuk menimbulkan bibit keinsafan dalam diri jin...2) Untuk jin kafir: Sebagai ancaman dan dalam masa yang sama dakwah kepada Islam....Sila baca tafsir Surah al Jin...... Bukankah al Quran itu rahmat dan pengubat penyakit rohani dan jasmani.... Al Quran adalah hidayah dan perawat adalah penebar hidayah; perawat adalah pendakwah ke jalan Allah! Walaupun dalam masa yang sama tidak dinafikan al Quran mampu membakar jin dengan kaedah dan niat tertentu... (kerana tercatit di dalam hadis dan sirah, kaedahnya terdapat di sesetengah kitab perubatan Islam berbahasa Arab..namun ini merupakan last choice!!! Pilihan terakhir!!!)

Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Guru saya dahulu selalu berkata, "Ingat Hayat, hadis nabi menyatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain!!!

"Saya tidaklah mendakwa dan mendabik dada bahawa saya pandai a.k.a hebat.... Cuma sekadar berkongsi persepsi saya yang mungkin meleset pada pendapat anda tentang perubatan Islam menggunakan kaedah al Quran, (ruqyah syariyyah)....Harapnya lebih ramai perawat muda yang muncul berganding bahu mendaulatkan perjuangan perubatan Islam di negara kita... AMIIIIINN!!!!

Dicatat oleh En Ahmad di 13:20