Thursday, February 16, 2012

Ubat kencing manis

Untuk kali ini.saya ingin memberi ubat kencing manis kepada sesiapa yang kena teruk penyakit ini sementara stok masih ada. Ubat ini adalah herba "Pokok Letup2" bukan jenis menjalar. Di ambil dan dikeringkan serta didoakan.

Sunday, October 16, 2011

Posion and cure

Pain at the sting of the fish.

Take a knife and tap the fish's head and take his brain fluid, and swept the place to be bees.

if there are no fish. Use read/ruqiyah bismillah prayer 6 or 7 included bismillah 5 or 4 to cure the pain.

With the permission of Allah, the sick will be healed

Tuesday, December 28, 2010

Pagarlah anak-anak anda dengan sebaik-baiknya

Begitulah pesanan ustaz Nasir al hafiz.

Hangat diperkatakan anak-anak remaja semakin liar dan jauh dari agama.
Jenuh dan penat ibubapa menasihati dan berdoa siang dan malam tetapi resultnya masih sama.Anak-anak tetap degil dan sedikit sebanyak membuat ibubapa menangis.

Kita sudah cuba sedaya upaya mengekang pengaruh negatif dari memasuki alam kehidupan mereka .Dari kecil sudah diberi didikan agama yang lengkap.Tetapi tuan/puan tidak memagar mereka dengan sebaik-baiknya.Ibarat anak benih pokok yang sedang membesar.Di siram dan di baja dengan baik. Tetapi tidak di pagar. Bila si kambing/ si lembu datang....ngap sekali abis pokok tadi.

Tuesday, December 7, 2010

How To Pray Solat Hajat

Today i would to share with all muslim & muslimat the betterway how to do the best & efficiency may Allah S.W.T listen and fullfill our wish in solat hajat.

This Knowledge i got from Ustaz from mersing, Johor, Malaysia.

Firstly we need to pick a right time to the solat. Example 1/3 midnight.After solat Magrib or after solat Duha.

Then we need to solat taubat 2 rakaat.

Steps solat hajat:

1. Before pray the most import is we need to do is invoke(requestation) first.This the secret how to do it.
2. After that, we pray solat hajat 2 rakaat like ussual.
3. The surah that we recite in first and second rakaat is suratul ikhlas about
(11x each rakaat)
4. We need to do at least 4 rakaat with 2 salam.
5. The more rakaat we do, The more door of our reguest is open.

" We has no power but Allah S.W.T is AllMighty, Allah S.W.T has magic to fullfill our wish. Let's us pray and invoke to Allah S.W.T."

After we practically this method. May Allah fullfill our wish. Amin....ya rabal aalamin..

Sunday, December 5, 2010

AHLAN WA SAHLAN-TAHUN BARU 1432 HIJRIAH

saya ingin mengajak saudara/saudari berdoa untuk akhir 1431 hijriah & awal tahun 1432 hijriah bagi mensyukuri segala nikmat yang x terhingga selama setahun.

Jadilah HambaNYA yang selalu bersyukur. Ikhlaskanlah segala amalan keranaNYA.Mencari mardo tillah. Doa akhir tahun yang kita bacakan adalah bagus lahir dari lubuk hati dan tidak tertakluk kepada tipikal doakan akhir & awal tahun yang kebiasaan yang kita dapat.Apa saja doa anda baca..pasti Allah S.W.T akan dengar>Allah S.W.T Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang ada dlm Hati Kita.

Doa ni saya amik dari bloger moga ia jadi guideline pada anda:

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.



Doa Akhir tahun

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

Doa awal tahun
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.
Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.
Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam

Friday, August 13, 2010

welcome Ramadhan- ahlan wasahlan ya ramadhan

Ramadhan menjelma lagi.Pasti mereka yang beriman teruja menjalani ibadah puasa.Mana idaknye amalan yang sunat sama pahala yang wajib.

Masa nilah semua umat islam pulun beribadah bagi org yang mengerti pengertian ramadhan.
Sekolah,institut,IPT atau darul membentuk akidah kita.Untuk Yang Maha Hak.Allah S.W.T.
Rindu serindu2nya.

Untuk amalan di sini suka saya berkongsi bagi sesama islam zikir bertafakur.

Zikirnya Allah Al Hak(sebanyak mungkin)

sebelum bermula terpulang la cara duduk yang anda selesa
1. Niat 'Ya Allah ya tuhanku...Bangkitkan aku untukMU dan keranaMU'
2. Zikir sebanyak2 & istiqomah
3. Sehingga anda dapat benar2 mendengar jantung anda berzikir Allah Al Hak
4. Dengan ZAT Allah,anda boleh lihat jasad anda dari luar
5. Boleh pergi ke alam ke dalam atau keluar dengan izin Allah.

selamat beramal

Tuesday, June 22, 2010