Thursday, February 11, 2010

AYAH DERHAKA

Muslimin/muslimat dirahmati....

Setiap lelaki pasti kita akan menjadi seorg suami bg melengkapkan separuh lagi agamanya.Dan pasti akan bergelar sebagai seorg ayah/abi/papa/bapak/ayah dsb.

Pasti kita impikan seorg isteri solehah ..kalau mampu 4 orgpun boleh....hehe.. dan anak2 soleh dan solehah.
Tanpa kita sedari,Bolehkah kita menjadi seorg ayah yang derhaka.

Cuba fikir2kan ...ade ker.....ye ker..agak2nye macamner......

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya ;

1) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang
dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.

2) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sumber yang diragukan.Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka.Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.

3) Seorang ayah yang terlalu mengambil dunia mencorakkan kehidupan keluarganya....pergi keje balik keje..Nak cari harta dunia....Bila mana isteri dan anak2 membesar tanpa bimbingan dari nakhoda kapal yang beriman,pasti kapal tidak tahu kemanakah arah tujuan sebenar kehidupan...

4) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri.Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan islam dengan iman dan taqwa.

Selalu di dengar kisah anak derhaka sama ada kepada ibu atau bapa, dan umum sudah mengetahui bahawa balasan anak derhaka ialah neraka, dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya. Bagaimana pula kes penderhakaan ibubapa kepada anaknya sendiri?.

Adakah ada atau wujud kes-kes sebegini? Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya “Wahai Amirul Mukimnin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku”.

Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anakyang derhaka itu dan bertanya kenapa kamu derhaka kepada ayahmu. Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab apa tanggungjawab bapa kepada anak. Maka Khalifah Umar Al-Khattab bagitahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :-

(1) Kahwin dengan wanita yang baik
(2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik
(3) Mendidiknya
(4) Mengahwinnya

Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya. Anak itu seterusnya bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab:-

(1) Ayah dia kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini
(2) Ayah dia menamakannya “Kelawar Jantan”
(3) Ayah dia tidak memdidik dia
(4) Ayah dia tidak mengahwinkan dia

Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi “Betulkah begitu wahai bapa budak”. Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, kamulah dulu yang derhaka kepada anakmu. Renung-renungkalah wahai sekelian bapa-bapa semua.


http://anggunayu.com/article.php?323659+Ayah-yang-derhaka.

No comments:

Post a Comment